Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN BUKTI KEIMANAN KITA




Bila tiba sahaja Ramadhan yang mulia ini, maka ada yang pergi senyap-senyap dari alam ini. Siapa? mereka adalah para Iblis dan Syaitan laknatullah. Kesemuanya akan dirantai, maka bila hati kita masih lagi ada kekejaman, berdengki, berburuk sangka, itu tandanya kitalah yang jahat selama ini. marilah kita sama-sama semaikan rasa keinsafan di dalam diri, bermusabaha dan beramal mendekatkan diri pada Allah sempena bulan yang berkat dan mulia ini.

Sunday, June 27, 2010

IMAM MUDA & AKEDEMI AL-QURAN PRIHATIN SALURAN TV KITA














Sebagai mencari jalan untuk seimbangkan rancangan hiburan, Media Prima telah mengadakan rancangan Akedemi Al-Quran manakala Astro pula menerbitkan rancangan Imam Muda. Keprihatinan pihak penerbit adalah sangat-sangat dipuji lebih-lebih lagi kini telah berleluasa perkara-perkara mungkar kes sex bebas, penagihan dadah dan pembuangan bayi.

Jika selalunya kita asyik melayan rancangan hiburan, apa salahnya jika kita menelusuri rancangan yang memberikan banyak manfaat ini. Meremang bulu roma bila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta yang masih muda belia lagi. Semoga dengan melapangkan sedikit masa dengan melihat rancangan sebegini, akan dapat membuka pintu hati kita untuk inaf. Bila kita insaf, insyaallah pintu rahmat akan terbuka lalu tidaklah hidup kita mengejar dunia sahaja tetapi diseimbangkan dengan sedikit bekalan untuk ahkirat. renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.

Saturday, June 26, 2010

MANUSIA ATAU HAIWANKAH MEREKA?














Saya merasa sungguh jijik dengan perangai manusia yang membuang bayi. Sudahlah mereka berdosa buat maksiat yang entah berapa kali melakukan persetubuhan dan lepas itu mengandung, bayi yang tidak berdosa pula dibuang. Ada yang telah dibuang masih hidup lagi sehingga mati samada dicampak ke sungai, ke parit atau mati lemas hingga dikelilingi oleh lalat dan langau. Sungguh kejam perangai manusia. Inikah tanda-tanda akhir zaman?.

Ada yang lebih dasyat lagi bayi dicampak dari Flat tingkat atas hingga berkecai dan berderai di bawah. Benarlah kata orang, dalam kehidupan Haiwan...tiada manusia tetapi dalam kehidupan manusia...ada haiwan. Mengapa semua ini berlaku? puncanya bukan hanya dua insan yang berdosa besar melakukan maksiat tersebut, tetapi juga masalah ini timbul kerana masyarakat kita yang suka diam dan tidak suka ambil tahu. Juga ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab dan tidak mahu tahu dan marah pada anak gadis mereka yang keluar sesuka hati atau berbohong dengan alasan hendak ke rumah kaan atau keluarga. Cuba bayangkan jika masyarakat membuat aduan atau meyerbu jika melihat ada orang bujang bawa teman wanita ke rumah, atau jika jirannya perempuan bujang didatangi oleh lelaki lain. Hidup orang-orang yang melakukan perbuatan ini memang tidak aman. Jika terlepaspun hukuman dari pihak berkuasa, balasan dari Allah sedia menanti. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.