Saya merasa sungguh jijik dengan perangai manusia yang membuang bayi. Sudahlah mereka berdosa buat maksiat yang entah berapa kali melakukan persetubuhan dan lepas itu mengandung, bayi yang tidak berdosa pula dibuang. Ada yang telah dibuang masih hidup lagi sehingga mati samada dicampak ke sungai, ke parit atau mati lemas hingga dikelilingi oleh lalat dan langau. Sungguh kejam perangai manusia. Inikah tanda-tanda akhir zaman?.
Ada yang lebih dasyat lagi bayi dicampak dari Flat tingkat atas hingga berkecai dan berderai di bawah. Benarlah kata orang, dalam kehidupan Haiwan...tiada manusia tetapi dalam kehidupan manusia...ada haiwan. Mengapa semua ini berlaku? puncanya bukan hanya dua insan yang berdosa besar melakukan maksiat tersebut, tetapi juga masalah ini timbul kerana masyarakat kita yang suka diam dan tidak suka ambil tahu. Juga ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab dan tidak mahu tahu dan marah pada anak gadis mereka yang keluar sesuka hati atau berbohong dengan alasan hendak ke rumah kaan atau keluarga. Cuba bayangkan jika masyarakat membuat aduan atau meyerbu jika melihat ada orang bujang bawa teman wanita ke rumah, atau jika jirannya perempuan bujang didatangi oleh lelaki lain. Hidup orang-orang yang melakukan perbuatan ini memang tidak aman. Jika terlepaspun hukuman dari pihak berkuasa, balasan dari Allah sedia menanti. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.
welkem to blogging....
ReplyDeletei'm ur 1st follower..hahaha..
http://danieldeadie.blogspot.com/
beginilah klau dosa d letakkan di telapak kaki...mereka fikir masa muda buat dosa masa tua baru bamal...hidup hanya sekli....
ReplyDeleteTerima kasih Adie, saya pun dah jadi folower anda.
ReplyDeleteAWISMA 78, semoga kita semua insaf, tapi jgn lupakan dunia cuma biarlah segalanya seimbang.